ARTIKEL 3 : Dasar Kependudukan 100% Dalam Kampus, Perlu Atau Tidak

Dah menjelang hujung-hujung tahun akademik ni, ada satu isu yang sedang hangat diperbualkan di beberapa universiti. Kes mengenai kelayakan untuk tinggal di kolej kediaman. Tak banyak universiti yang mengamalkan dasar tinggal 100% di dalam kampus. Tapi, artikel ni akan sentuh tentang universiti yang tinggal 100% di dalam kampus dan juga kes-kes yang mana melibatkan universiti yangtidak mengamalkan dasar ini.


Kita akan lihat pro and cons antara ada dasar ini dengan tiada. Jadi cara untuk berbincang mengenai perkara ini, saya bahagikan kepada dua, yang pertama jika anda katakan YA dan kedua jika anda katakan TIDAK kepada dasar kependudukan 100%.


YA
  • Dapat memudahkan pergerakan pelajar. Pelajar tidak perlu untuk berulang-alik dari kawasan kampus ke perumahan.
  • Kos yang lebih rendah dimana kos tinggal di kolej kediaman yang lebih murah daripada menyewa di luar kampus.
  • Mudah mengadakan perbincangan berkumpulan. Pelajar dapat berjumpa antara satu sama lain.
  • Tidak perlu bimbang mengenai pengangkutan pergi balik ke kelas

TIDAK
  • Apabila dasar 100 % tinggal didalam kampus dimansuhkan, pelajar akan berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat. Jadi, untuk mendapat tempat, merit yang tinggi perlu dikumpul. Ini akan menyebabkan lebih ramai pelajar yang akan menyertai aktiviti kokurikulum (sukan, debat, kebudayaan etc). Hal ini dapat mengangkat nama universiti lagi sekaligus pelajar juga mempunyai pengalaman baru.
  • Apabula dasar 100% tinggal dikampus dimansuhkan, pelajar akan lebih berminat untuk terlibat dengan jawatan kepimpinan kerana ini dapat membantu mereka untuk tinggal di dalam kampus. Ini sekaligus dapat menyemarakkan lagi politik mahasiswa.
  • Apabila pelajar terlibat dengan aktiviti kokurikulum, ini juga dapat mengisi resumé mereka.
  • Selain itu, keputusan peperiksaan pelajar turut diambil kira, ini akan membuatkan pelajar lebih berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat dan pada masa yang sama menaikkan keputusan pelajaran mereka.

Cuba kita fikirkan, adakah dasar kependudukan 100% itu perlu atau tidak?
Secara peribadi, saya menyokong tindakan universiti-universiti yang mengutamakan merit pelajar dalam menilai kelayakan pelajar untuk tinggal di kolej kediaman atau tidak.




0 Response to "ARTIKEL 3 : Dasar Kependudukan 100% Dalam Kampus, Perlu Atau Tidak"

Related Posts with Thumbnails
You are viewing "ARTIKEL 3 : Dasar Kependudukan 100% Dalam Kampus, Perlu Atau Tidak"
No Comment Add your own!
Filed under Labels:
Posted on 1:08 AM
Subscribe through Atom feed.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme