ARTIKEL 2 : Kepadamu MPP

Diadaptasi dari blog peribadi saya.

Banyak universiti seluruh Malaysia yang dah menjalankan pilihanraya kampus untuk memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar @ Mahasiswa (MPP or MPM)

Biasanya, penyertaan untuk menjadi calon ramai sebab banyak pelajar yang merasakan diri mereka dapat buat perubahan ala2 Barack Obama "In changes we trust". Tapi sejauh mana tanggungjawab ni dijalankan atau sekadar apa yang orang Melayu katakan syok sendiri.

Kita lihat masalah2 yang berlaku dari kacamata seorang pelajar marhaenis ;

1) Adakah MPP menyampaikan suara pelajar ke peringkat atasan ataupun menyampaikan pendapat sendiri (perkara yang sama berlaku pada peringkat lebih tinggi, tapi tak perlu kita sentuh).

Kebanyakan pelajar biasanya tak terlibat secara langsung dalam pentadbiran universiti kerana biasanya MPP akan menyampaikan suara yang mana, pelajar kadang-kala ada penambahbaikan ataupun bantahan terhadap sesuatu keputusan.

Aktiviti MPP bersama pelajar jarang dilakukan. Kalau kita minta, mungkin alasan mereka student tak ramai akan involve. Bukan permasalahan student involve atau tak, tapi perkara utama adalah komitmen sebagai seorang pemimpin.

Apa2 pun, pujian haru s diberikan kepada barisan MPP 08/09 UM yang mana ketika aku menuntut di situ, program untuk bertemu pelajar diadakan.




2) MPP tak menjadi suara kepada pelajar sebaliknya kepada universiti

Kita lihat, adakah sebagai pelajar, kita mengharapkan excuse tentang kekangan untuk melakukan itu ini daripada MPP bila kita nyatakan aduan?

Apa yang kita nak adalah penyelesaian, the MPPs suppose to be on our side. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sebagai contoh, kalau kita minta perkhidmatan bas yang lebih kerap di dalam kampus, sepatutnya, pihak MPP akan cuba untuk mendapatkannya daripada pihak universiti. Tapi senario yang kita lihat, alasan tentang kekurangan bas dan pemandu yang menjadi hidangan mata kita. Sepatutnya mereka mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah bukan sekadar mempertahankan sebab masalah berkenaan berlaku.

3) MPP yang tak cukup masa

Yang ni yang aku agak panas. Kadang2, kalau ada program universiti, bukan MPP je aku nak sentuh tapi AJK jugak. Bila student buat hal (ie; datang lambat) nanti mulalah keluar ayat, "kami ada banyak lagi beda nak buat, tapi uruskan jugak kamu. Dengan nak study, latihan sukan bla bla bla". Cuba fikirkan balik, kalu tak bersedia terima tanggungjawab jangan ambik in the first place. Bak kata dalam filem Spiderman(kot), Great power comes with great responsibility.

4) Waktu pegang jawatan tak nak buat perubahan, dah pencen baru terfikir


Yang ni pun masalah yang kerap berlaku.

Contoh aku mudah, bayangkan ada masalah kerosakan jalan(ie; lopak), benda tu dah ada sejak bertahun lamanya, tapi, bila dah pencen baru keluar statement, "saya berharap pihak yang memegang tanggungjawab dapat memperbaiki masalah ini",

Yang tu je la apa yang aku nak cakap. Dan contoh yang diambil ni bukanlah refleksi kepada mana2 pihak. Harap maaf kalau ada yang terasa. Bagi yang baru dilantik sebagai MPP, tahniah kerana anda telah berjaya memikul tanggungjawab. Tunggu tahniah kali kedua tahun depan kalau anda dapat melaksanakan tanggungjawab.

0 Response to "ARTIKEL 2 : Kepadamu MPP"

Related Posts with Thumbnails
You are viewing "ARTIKEL 2 : Kepadamu MPP"
No Comment Add your own!
Filed under Labels: ,
Posted on 9:08 PM
Subscribe through Atom feed.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme