Konsert Amal MATAHARI UMP
Pada 9 April 2010, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah melancarkan Persatuan Wanita UMP (MATAHARI)
Persatuan berkenaan telah dilancarkan oleh KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Aminah Azizah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pada sebelah pagi.
Kemudian majlis disambung pada sebelah malam dengan Konsert Amal Matahari yang melibatkan Faizal Tahir, Amy Search dan Farah AF. Konsert berkenaan telah diadakan di Kompleks Sukan UMP. Antara tetamu yang hadir pada konsert ini ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Aminah Azizah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Naib Canselor UMP, Prof Dato' Dr. Daing Nasir Daing Ibrahim dan isteri, Datin Fazia.
Konsert ini juga merupakan konsert pertama yang diadakan oleh Faizal Tahir didalam universiti. Pengunjung untuk konsert ini mencecah seramai 2000 orang termasuk pelajar, pensyarah dan orang awam.

0 Response to "Konsert Amal MATAHARI UMP"
Post a Comment