Pro-Mahasiswa protes UPM singkir 1,000 dari kolej kediaman

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 14 April — Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini membantah tindakan pihak pentadbiran universiti tersebut yang didakwa menyingkirkan 1,000 mahasiswi dari kolej kediaman dengan alasan mahu menstrukturkan semula premis penginapan mereka.

Pengerusinya, Ahmad Faris Rakbi berkata tindakan tersebut akan memberikan kesan kepada mahasiswa kerana ketika ini mereka sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.

“Kita terkilan dengan tindakan ini kerana ketika ini mahasiswi sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, jadi macam mana mereka mahu mengemas barang-barang milik mereka?

“Masalah ini telah menimbulkan kerisauan kepada mahasiswi terutamanya mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur, mereka perlu ulang kaji pelajaran dan pada masa sama perlu mengemas barang-barang mereka.

“Tindakan ini adalah tidak wajar dan melampau,” katanya.

Beliau berkata, tindakan terburu-buru pihak pentadbiran akan memberikan masalah serta mengancam keselamatan mahasiswi yang terlibat terutamanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

“Kita sokong pihak pentadbiran mahu menstruktur semula kolej-kolej ini bagi memberi keselesaan tetapi fikirkan tentang pelajar juga. Mereka memerlukan masa untuk membuat perancangan sebelum berpindah.

“Mahasiswi yang terlibat pasti akan tertekan kerana terpaksa berpindah keluar dan mencari rumah sewa di luar UPM.

“Jadi ia secara tidak langsung akan mengancam keselamatan mereka nanti,” katanya lagi.


Selain daripada UPM, masalah yang sama dihadapi di Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, Universiti Malaya dimana 3 daripada 4 blok di kolej berkenaan akan diisi oleh pelajar antarabangsa (exchange student) sedangkan penubuhan asal kolej itu sendiri merupakan inisiatif daripada pihak Kerajaan Negeri Sarawak. Kerajaan negeri telah menyumbangkan sebanyak RM 10 juta untuk pembinaan kolej berkenaan dan pihak UM sendiri menyumbang sebanyak RM 5 juta.

Selain UPM dan UM, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghadapi masalah yang sama dimana konsep 100% penempatan di dalam kampus yang diamalkan sejak awal penubuhannya akan berubah pada semester depan disebabkan pertambahan bilangan pelajar.

1 Response to "Pro-Mahasiswa protes UPM singkir 1,000 dari kolej kediaman"

  1. Anonymous says:

    aku rase pihak UPM bukan lah soh kluar serta merta.. pasti lepas exam punye.. gile ke serta merta.. cam kijam gile je UPM nak buat sume bnde tergese2..

    waktu cuti semester die buat la penstrukturan semula tu..

    cume berpikir panjang la.. jgn cepat mempolitikkan sume bnde..

Related Posts with Thumbnails
You are viewing "Pro-Mahasiswa protes UPM singkir 1,000 dari kolej kediaman"
1 comments Add your own!
Filed under Labels: , ,
Posted on 9:01 PM
Subscribe through Atom feed.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme