Dasar 400KM UTM
Menurut maklumat yang telah disalurkan kepada saya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telahpun menguatkuasakan satu bentuk dasar yang mana pelajar-pelajar yang terlibat dengan program-program luar, hanya akan disediakan dengan perkhidmatan pengangkutan sekiranya destinasi yang dituju dalam radius 400KM daripada UTM.
Bagi program-program yang diadakan di destinasi melebihi 400KM dari UTM, pelajar dikehendaki untuk ke destinasi berkenaan bersendirian yang mana kemudiannya dapat menuntut semula kos perjalanan dari pihak universiti.
Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan mesalah kerana ianya melibatkan keselamatan pelajar yang terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk mengikuti sesebuah program mewakili universiti.
Jika diamati semula, dengan lokasi UTM diselatan tanah air, tempat dalam lingkungan 400KM adalah sekadar ke destinasi seperti Kuala Lumpur dan Kuantan sahaja.
Bagi universiti-universiti yang terletak di kawasan sekitar Kuala Lumpur, dasar ini dapat diguna pakai kerana lokasi kampus di tengah-tengah negara, namun untuk universiti seperti UTM, dasar ini ternyata tidak menguntungkan pelajar mahupun pihak universiti.
Pelajar perlu bersusah-payah ke sesuatu destinasi manakala universiti perlu menanggung kos claim yang tinggi dari pelajar terutamanya jika program berkenaan melibatkan pelajar yang ramai.
Sebagai contoh, jika perjalanan dengan kenderaan awam dari Johor Bahru hingga ke Pulau Pinang akan memakan kos sebanyak Rm 60.00. Bagi 40 orang pelajar, pihak universiti terpaksa menanggung kos sebanyak RM4800 untuk perjalan pergi balik. Sudah semestinya jumlah ini akan lebih rendah dengan menggunakan kenderaan universiti.
Sumber dari seorang pelajar enggan dikenali, beliau menyatakan bahawa untuk program sukan di UiTM Arau pada Mei 2010, atlet-atlet telahpun diberikan kemudahan kenderaan. Meskipun begitu, pelajar-pelajar yang terlibat dengan Pertandingan Debat Terbuka Arau, yang berlangsung di tempat yang sama, tidak diberikan kemudahan pengangkutan. Telah berlaku sedikit kontradiksi mengenai dasar berkenaan bagi kes disini.
Secara peribadi, saya berharap dasar ini dapat dikaji semula untuk kebaikan bersama.
400KM?..ermmm..mmg ada kebarangkalian akan berlaku masalah keselamatan..nnt kalu dh berlaku kes barulh nk pikir..
tak patut...perlu dikaji semula.