MPP. Perlukah ke Luar Negara?
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) boleh dikatakan antara pertubuhan-pertubuhan elit dalam sesebuah universiti dan dikira pelajar yang mempunyai jawatan yang dikira sebagai golongan-golongan bangsawan di kampus.
Dan sebagaimana yang kita ketahui, MPP ini biasanya akan mengadakan lawatan-lawatan akademik ke negara-negara luar yang melibatkan seluruh ahli di dalam organisasinya.
Persoalan yang saya cuba bangkitkan adalah, sejauh manakah keperluann untuk mengadakan program sedemikian rupa dan pada masa yanng sama, menjustifikasikan sejauh mana dana untuk mereka itu dapat disalurkan ke sektor lain yang mungkin dapat mendatangkan kebaikan kepada pelajar secara menyeluruh.
Pertama, jika dilihat semula, apa sebenarnya tujuan lawatan ini dan cerminan implikasi kepada pihak universiti dan pelajar lain. Saya sendiri mengikuti perkembangan MPP di pelbagai universiti selama beberapa tahun ini. Saya tahu, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya, namun apa yang saya lihat di sebalik lawatan itu, ianya tidak lebih dari sekadar sebuah lawatan.
Mungkin sekadar memenuhi folder gambar di facebook dengan lawatan ke luar negara.
Kedua, untuk lawatan berkenaan, ada sekadar melawat, dan ada yang berkonvensyen. Bagi yang melawat, apakah ilmu yang dibawa pulang dan diaplikasi, tidak pernah saya lihat. Bagi yang berkonvensyen pula, pernahkah kita terbaca di dada-dada akhbar bahawa pemimpin-pemimpin mahasiswa ini berjaya menyuarakan pendapat dan memberikan impak besar kepada masyarakat dunia, setakat pembacaan saya, saya belum pernah lagi membaca artikel sedemikian.
Jadi, kita lakukan justifikasi, adakah lawatan yang dilakukan ini berbaloi, atau sekadar "ganjaran" bagi MPP yang telah "letih" bekerja sepanjang tahun. Saya tinggalkan persoalan itu untuk anda jawab.
Secara peribadi, saya tidak menyokong tindakan menghantar MPM kita ke luar negara. Itu pendapat saya, and everybody's entitled to their own opinion.
Jadi, saya akan melihar kepada kemana sebenarnya dana-dana itu dapat disalurkan.
Pertandingan Inovasi Di Luar Negara : Masih teringat ketika saya di sekolah dahulu, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengeluarkan sejumlah dana untuk pelajar-pelajar MRSM ke pertandingan-pertandingan ciptaan dunia. Dan, kebanyakan yang pergi ini, berjaya untuk membawa pulang kemenangan atau paling tidak, berjaya membuktikan kepada dunia bahawa pelajar kita mampu berjaya.
Selain dari pertandingan-pertandingan inovasi, dana juga boleh digunakan kepada aktiviti-aktiviti kesyarakatan yang dapat melibatkan lebih banyak pelajar, sekaligus ini dapat menerapkan nilai tambah dalam masyarakat.
Dana juga dapat digunakan untuk menghantar pelajar-pelajar yang berpotensi (bukan dari kalangan MPM semata-mata), ke konvensyen-konvensyen yang bertaraf antarabangsa, sebagai contoh ke World Volunteer Conference, Global Model United Nation (GMUN) dan sebagainya.
Bagi saya, jika dana yang dikeluarkan kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa ini tidak dapat dimanfaatkan dengan baik oleh mereka, kiranya ia seperti telah mengambil hak pelajar-pelajar lain yang sepatutnya mendapat kebaikan dari apa sahaja program yang dilakukan oleh pihak universiti.
Ini adalah pendapat saya semata-mata, saya berharap, jika ada pihak yang ingin menyangkal pendapat saya, ia dapat dilakukan dengan justifikasi secara intelektual dan bukan sekadar mempertahankan tindakan tanpa hujah yang konkrit.
sy bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh saudara,,
mmg btol sudah smpai masanya bkn sekadar MPP ke luar negara bahkan sesiapa sahaja yang berpotensi untuk ke luar negara,,
kt sering mendengar mPP di IPta sering ke luar negara,,,
namun impaknya terhadap msyrkt jarang kt dengari....
itu di IPTA tp realitinya di ipts
bbkn semua MPP mampu ke luar negara kerana sesetengah IPts mengamalkan dasar samarata terhadap semua pelajar,,,,
alar,,xkn jatuh stdnyer klo mPP x g luar negara,,,,,
mgkn tibanya pihaK ipta mengikut jejak lgkah IPts,,
ini sekadar pandangan semata2,,
tidak melibatkan mana2 pihk