Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Dasar 400KM UTM

Menurut maklumat yang telah disalurkan kepada saya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telahpun menguatkuasakan satu bentuk dasar yang mana pelajar-pelajar yang terlibat dengan program-program luar, hanya akan disediakan dengan perkhidmatan pengangkutan sekiranya destinasi yang dituju dalam radius 400KM daripada UTM.

Bagi program-program yang diadakan di destinasi melebihi 400KM dari UTM, pelajar dikehendaki untuk ke destinasi berkenaan bersendirian yang mana kemudiannya dapat menuntut semula kos perjalanan dari pihak universiti.

Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan mesalah kerana ianya melibatkan keselamatan pelajar yang terpaksa melakukan perjalanan jauh untuk mengikuti sesebuah program mewakili universiti.

Jika diamati semula, dengan lokasi UTM diselatan tanah air, tempat dalam lingkungan 400KM adalah sekadar ke destinasi seperti Kuala Lumpur dan Kuantan sahaja.

Bagi universiti-universiti yang terletak di kawasan sekitar Kuala Lumpur, dasar ini dapat diguna pakai kerana lokasi kampus di tengah-tengah negara, namun untuk universiti seperti UTM, dasar ini ternyata tidak menguntungkan pelajar mahupun pihak universiti.

Pelajar perlu bersusah-payah ke sesuatu destinasi manakala universiti perlu menanggung kos claim yang tinggi dari pelajar terutamanya jika program berkenaan melibatkan pelajar yang ramai.

Sebagai contoh, jika perjalanan dengan kenderaan awam dari Johor Bahru hingga ke Pulau Pinang akan memakan kos sebanyak Rm 60.00. Bagi 40 orang pelajar, pihak universiti terpaksa menanggung kos sebanyak RM4800 untuk perjalan pergi balik. Sudah semestinya jumlah ini akan lebih rendah dengan menggunakan kenderaan universiti.

Sumber dari seorang pelajar enggan dikenali, beliau menyatakan bahawa untuk program sukan di UiTM Arau pada Mei 2010, atlet-atlet telahpun diberikan kemudahan kenderaan. Meskipun begitu, pelajar-pelajar yang terlibat dengan Pertandingan Debat Terbuka Arau, yang berlangsung di tempat yang sama, tidak diberikan kemudahan pengangkutan. Telah berlaku sedikit kontradiksi mengenai dasar berkenaan bagi kes disini.

Secara peribadi, saya berharap dasar ini dapat dikaji semula untuk kebaikan bersama.

Tony Fernandes Dianugerahkan Honorary Doctorate of Business Innovation









Pada 27 March 2010, CEO Kumpulan Air Asia Dato' Sri Tony Fernandes telahpun dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Kehormat dalam Bidang Inovasi Perniagaan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada majlis Konvokesyen ke-44 di Skudai Johor.

Anugerah berkenaan telah dikurniakan oleh Pro-Canselor UTM, YMM Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Penganugerahan berkenaan adalah untuk mengenang jasa beliau dalam bidang penerbangan di negara ini.

Naib Canselor UTM, Professor Datuk Ir Zaini Ujang berkata, penganugerahan berkenaan adalah bagi menghargai jasanya sebagai pelopor tambang murah di negara ini.

Related Posts with Thumbnails

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme