ARTIKEL 1 : Suara Mahasiswa, suara siapa sebenarnya.
Slogan-slogan seperti Hidup Mahasiswa, Mahasiswa Merdeka, Mahasiswa Peduli dan sebagainya telah lama kita dengar.
Namun, satu perkara yang menjadi persoalan kepada kita, siapakah yang dimaksudkan sebagai mahasiswa di dalam rangkap Suara Mahasiswa. Adakah seluruh pelajar dari segenap universiti seluruh Malaysia yang dikatakan mahasiswa atau sekadar Majlis Perwakilan Mahasiswa yang menjadi suara kepada kita semua?
Adakah kita merasakan bahawa segala keputusan yang dilakukan terletak pada bahu MPM semata-mata ataupun kita sebagai mahasiswa perlu sendiri bersuara demi keadilan semua.
Dan jika MPM yang dilantik mampu untuk melaksanakan tugas, ianya sesuatu yang patut dibanggakan. Namun, apa yang menyedihkan adalah jika situasi ini berlaku, MPM bukanlah suara kepada mahasiswa, namun sekadar penghubung sehala iaitu menyampaikan maklumat dari pentadbiran kepada mahasiswa namun tidak menyampaikan suara mahasiswa kepada pentadbiran. (Sila klik di sini)
Sebagai mahasiswa, kita tidak perlu untuk bergantung kepada MPM semata-mata untuk menyampaikan pendapat. Seharusnya, MPM dan mahasiwa bergerak seiringan demi mencapai sebuah matlamat untuk kemajuan kita bersama.
Bagi memudahkan mahasiswa untuk berbicara, maka pelbagai inisiatif telah diambil kerajaan, segalanya bergantung kepada mahasiswa sendiri sama ada mahu mengambil bahagian atau sekadar melihat saja. Contohnya, pengwujudan Sudut Pidato yang dapat membantu mahasiswa dalam menyampaikan pendaat dan buah fikiran mereka.

0 Response to "ARTIKEL 1 : Suara Mahasiswa, suara siapa sebenarnya."
Post a Comment