Perlukah Memaksa??
Universiti banyak mengadakan program untuk pelajar, tapi untuk dapatkan peserta merupakan satu permasalahan major di peringkat pentadbiran. Dan penyelesaian yang biasa dilakukan adalah dengan memaksa pelajar seperti visual dibawah.

Saya cuma ingin persoalkan, adakah universiti bertindak adil terhadap pelajar? Diminta pelajar hadir untuk mendapatkan markah sebagaimana yang ditetapkan, kemudian disogok dengan cara begini.
Salah satu teknik yang terkenal selain ini, mengwajibkan kehadiran pelajar tahun satu atau pelajar asasi ke mana-mana program yang diadakan oleh universiti. Sekarang ni, masalah buli dalam kalangan pelajar dah tak ada, tak sangka universiti pulak ambil peranan 'membuli' pelajar-pelajar tahun satu begini, sedih.
Sebuah teguran kepada pihak universiti, kalau betul-betul nak lahirkan mahasiswa berkualiti, jangan memaksa, tapi ajaklah dengan berhikmah. Kalau tak mendapat sambutan, yang tu bukanlah salah kepada pelajar, namun salah universiti yang tak berjaya menarik perhatian pelajar.
kalau x paksa..xde budak nk datang...kalau ade pon,hanya beberape kerat je yg sudi datang secare sukarela...jgn tahu kritik jika tidak menilai
to anon diatas,klu student x nk datang,fikir la cara yang menarik untuk stdnt datang..
kalau dah program tak menarik,jangan la harapkan student ramai nak join..
tapi,kenapa perlu nak paksa student??
kami bukan pelajar sekolah menengah!!!