Mahasiswa Berpolitik
Biasanya, dalam posting sebelum ini, saya akan berbicara soal pros and cons mengenai sesuatu perkara. Namun pada kali ini, saya lebih selesa mengutarakan pendapat saya secara peribadi. Dalam soal mahasiswa berpolitik, saya secara total menolak penglibatan pelajar dalam bidang ini. Alasan penolakan, yang pasti bukanlah kerana mereka perlu tumpukan kepada pelajaran sebaliknya saya menolak berdasarkan isu yang telah atau akan timbul apabila mahasiswa dibenarkan berpolitik.
Sebenarnya, meskipun isu ini telah lama dibangkitkan, saya tergerak untuk menulis setelah terbaca ARTIKEL ini di The Star. Antara yang disentuh oleh artikel ini yang menarik perhatian saya untuk berbincang mengenai isu mahasiswa berpolitik adalah;
The movement's economic and entrepreneur development bureau chief Datuk Sohaimi Shahadan said amendments to the Act would also allow Umno Youth to get close to students, many of whom, he said, were exposed to pro-opposition alternative media and would naturally choose the opposition parties upon graduation.
Dari satu sudut, kita dapat lihat, mahasiswa sebenarnya masih belum bersedia untuk berpolitik. Kerana berada pada usia yang muda, ada mahasiswa yang akan mudah mempercayai "propaganda" pihak-pihak tertentu. Dan, secara peribadi, saya menyokong tindakan bekan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir menaikkan usia pengundi dari 18 tahun ke 21 tahun kerana, usia yag begitu muda membuatkan mahasiswa terdedah kepada membuat keputusan yang salah dan lebih membimbangkan lagi, apabila mereka digunakan sebagai boneka oleh pihak-pihak tertentu.
Kadang-kala, sokongan yang diberikan untuk menukar Akta Universiti dan Kolej Universiti ini lebih mengutamakan pihak tertentu berbanding pelajar. Jika alasan untuk memberikan kebersediaan kepada pelajar, saya kira, universiti kini mempunyai cara tersendiri sebagai contoh dalam pemilihan calon Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), kiranya, mereka telah terdedah terhadap sistem politik dalam organisasi ini. Ingin saya rujuk apa yang dikatakan oleh Datuk Sohaimi Shahadan;
"We want the Higher Education Minister to amend the Act,"Cuba kita lihat, keputusan untuk menukar akta ini dilakukan oleh pihak tertentu, mengapa tidak keputusan ini diserahkan kepada mahasiswa sendiri samada mereka bersetuju atau tidak. Dan pendapat tidak semestinya datang dari pemimpin pelajar sahaja, sebaliknya turut datang dari pihak lain. Sebagai contoh, para pendebat universiti, ini adalah kerana golongan ini merupakan satu golongan yang berupaya untuk kekal neutral dan melihat melalui setiap sudut perspektif (kerana dalam perdebatan sendiri, mereka perlu mendekati usul dengan memikirkan cara pembawakan pencadang dan pembangkang).
Dalam keadaan kini sekalipun, apabila mahasiswa aktif berpersatuan dan lantang menyampaikan pendapat, ada antara mereka bertindak dan berpemikiran dengan tidak rasional. Dengan terus menerus mengangkat sepanduk memberi sokongan atau terus membawa rasa tidak puas hati kejalanan. Mungkin ada yang menyatakan, dengan memberikan kuasa politik, perkara ini tidak akan berlaku. Namun, cuba difikirkan semula, pemimpin-pemimpin politik kini yang saya kira "sudah cukup matang" pun melakukan perkara yang sama, inikan pula, yang setahun jagung. Bimbang kelak, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya terlaksana. Bukan dilentur menjadi tegak, sebaliknya "bengkang-bengkok" yang akan terus "terbengkok" hingga dewasa.
Dan, bila menilai semula, banyak keburukan daripada kebaikan apabila mahasiswa dibenarkan berpolitik. Sebagai contoh, jika dikataka menyampaikan pendapat sebagai satu perkara positif, apa bezanya dengan keadaan sekarang, saya kira AUKU telah memberi ruang mencukupi untuk mahasiswa bersuara. Dan apabila kerajaan mengambil tindakan kepada mahasiswa yang terlalu "lantang", hatta jika AUKU diubah sekalipun, mahasiswa yang "lantang" itu kekal diambil tindakan kerana masih tertakluk kepada akta lain sebagai contoh Akta Hasutan 1948 mahupun Akta Polis 1967.
Dan, banyak masalah daripada penglibatan mahasiswa dengan poolitik telah berlaku di kawasan-kawasan lain seluruh dunia, sebagai contoh pada May 1968 rusuhan gerakan mahasiswa di Perancis, soixante-huitaires di German pada 1968, Tlatelolco massacre di Mexico pada 1968 dan sebagainya.
Kadang-kala, suara ynga terlalu lantang, tak semestinya didengari, sebaliknya, ketinggian pemikiran akal yang menjadi titik hitam di helaian putih.
0 Response to "Mahasiswa Berpolitik"
Post a Comment