PRKUMP 2011 : Mahasiswa, Buka Minda dan Matang dalam Membuat Penilaian

Setelah sekian lama meninggalkan blog BeritaVarsiti, menjelang pilihanraya kali ini, saya kembali menulis untuk melihat apa yang berlaku di pelbagai universiti menjelang pemilihan ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa pada sesi 2011/12.

Menyentuh terhadap apa yang telah diamalkan di Universiti Malaysia Pahang pada pilihanraya kali ini, calon diberikan peluang untuk bukan sahaja bermanifesto, bahkan juga diberikan peluang untuk berdebat ala-presiden (format Debat Presiden Amerika Syarikat).

Bagi saya, tindakan universiti mengadakan slot seperti ini merupakan satu tindakan yang baik demi melahirkan bakal pemimpin yang mampu untuk berfikir dan memperjuangkan hak mahasiswa bukan sahaja dengan idea yang bernas, bahkan juga dengan fikiran yang matang.

Ini merupakan satu daripada sesi perdebatan yang telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang antara calon Umum, Fazli bin Abdul Halim bersama calon kerusi Fakulti Mekanikal, Qamaruddin Mohd Fauzi.
 LINK VIDEO

Namun, sedih apabila ada sesestengah penyokong fanatik yang menganggap apa yang berlaku dalam perdebatan adalah untuk menjatuhkan calon kesayangan mereka. Mengikut format debat ala-presiden, terdapat satu pusingan yang mana wakil dari calon boleh bertanyakan soalan kepada calon lawan. Namun, kerana terlalu obses, penyoal yang menjalankan tugasnya dilabel sebagai satu pakatan untuk menjatuhkan mereka.


Dan, jika beliau mampu untuk mengeluarkan kenyataan di facebook tentang rasa tidak puas hati beliau, saya hairan, mengapa beliau tidak bangkit sebagai wakil Saudara Fazli ketika moderator memanggil wakil Saudara Fazli, hinggakan, saudara Fazli " terpaksa"  menjadi wakilnya sendiri apabila penyokong " fanatik"  ini diam seribu bahasa ketika sesi manifesto itu.

Saya kira, tindakan seperti ini seakan-akan mencemar kesucian perdebatan itu hanya kerana fahaman politik yang berbeza.Saya berharap, untuk PRK kali ini, mahasiswa dapat lebih membuka minda untuk berfikir dan tidak hanya menjadi penyokong fanatik calon atas sebab " kawan-kawan".
 

Wasalam, nantikan posting-posting terbaru tentang perkembangan PRK di kampus-kampus seluruh Malaysia..

5 Response to "PRKUMP 2011 : Mahasiswa, Buka Minda dan Matang dalam Membuat Penilaian"

  1. Anonymous says:

    Sangat setuju!!! Debate is just a beginning to test you as a leader and if this small matter they even cannot handle it, i ENCOURAGE that person to resign and for sure people can see that this person cannot fight for the student's RIGHT!!

    Anonymous says:

    yar..
    mmg pon..jgn la kite pike nk jtoh kn spe2..
    pike la neutral..ble xtlg wakil dri pihak kite,,mule la nk ckp cm2..pihak lwn men ksr la..pihak lwn sje je nk jtoh kn pihak kite la..come la..pike dri pelbagai sudut..baek n buruk,,n kite ley beza kn..insyaAllah..pe2 pon,both the calon mmg bez!!ol the bez u guyz~..:)

    jienz says:

    aah...mjerit bagai nk rak dgn kopiah kt kpale...ble smpai mse soal mnyoal..diam sribu bahase..

    Terjah says:

    Debat penting.. kite perlu menangkan hujah yg kite sampaikan.. tiada unsur nak jatuhkan sesiapa

    Anonymous says:

    semua berdasarkan kpd niat masing2.. jgn sampai kita sakit hati kt orang lain, rupanya hati kita yang sakit.

    “Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi para ulama, atau untuk berdebat dan mengalahkan orang yang bodoh atau untuk mencari wajah manusia kepadanya maka Allah akan menempatkan dirinya di dalam api neraka”.
    (Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Related Posts with Thumbnails
You are viewing "PRKUMP 2011 : Mahasiswa, Buka Minda dan Matang dalam Membuat Penilaian"
5 comments Add your own!
Filed under
Posted on 9:00 PM
Subscribe through Atom feed.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme