Pembukaan Blog Berita Varsiti


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Ini merupakan post yang pertama bagi blog Berita Varsiti (BV). Tujuan utama blog ini diwujudkan adalah bagi berkongsi berita-berita yang berlaku di universiti-universiti seluruh Malaysia.

Segala permasalahan mahupun aktiviti-aktiviti yang diadakan di kampus anda diharapkan dapat disalurkan maklumatnya beserta gambar(jika ada) di laman ini untuk dikongsi bersama.

Segala bentuk artikel dapat disalurkan melalui emel beritavarsiti@yahoo.com .

Segala bentuk artikel akan ditapis dan artikel-artikel yang terpilih akan disiarkan di dalam laman ini.

Artikel tidak meliputi aktiviti-aktiviti pelajar sahaja. Kontroversi serta masalah yang berlaku di kampus anda juga dapat disalurkan di laman ini. Artikel yang dihantar mestilah disertakan dengan nama Institusi serta nama penuh anda.

Diharapkan laman ini dapat menjadi saluran untuk kita sama-sama berkongsi berita diantara mahasiswa.

0 Response to "Pembukaan Blog Berita Varsiti"

Related Posts with Thumbnails
You are viewing "Pembukaan Blog Berita Varsiti"
No Comment Add your own!
Filed under Labels:
Posted on 10:30 PM
Subscribe through Atom feed.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme