Pengiktirafan Program di UniMAP dan Kaitannya dengan UMP
Merujuk kepada kenyataan di dalam akhbar KOSMO, 17 March 2010, akhbar berkenaan telah menyiarkan artikel yang menyatakan bahawa kursus-kursus di UniMAP tidak mendapat pengiktirafan. Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang awam serta menimbulkan perasaan marah buat pelajar di UniMAP kerana artikel ini dianggap berunsur fitnah.
Walaubagaimanapun, kenyataan ini telah mendapat respons dari pihak pengurusan UniMAP sebagaimana yang dinyatakan di dalam surat yang dihantar oleh Naib Cansellor UniMAP, Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin kepada ibubapa dan pelajar UniMAP sebagaimana yang disiarkan di bawah.
KAITANNYA DENGAN UMP???
Terdapat khabar angin yang telah tersebar dalam kalangan pelajar-pelajar di Universiti Malaysia Pahang bahawa pihak pentadbiran universiti akan menerima sebanya 900 pelajar daripada UniMAP untuk menyambung pengajian tahun akademik seterusnya di UMP.
Perkara ini juga telah menimbulkan permasalahan dalam kalangan pelajar kerana buat masa sekarang, masalah penempatan pelajar 100% di dalam kampus sedang hangat dibicarakan.
Namun, walaubagaimanapun, di dalam sebuah sesi perjumpaan antara pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) bersama kepimpinan pelajar, perkara ini telahpun dibangkitkan. Pengesahan telah diberikan oleh Dekan JHEPA, Profesor Dr Rizduan Bin Nordin, bahawa perkara berkenaan sekadar sebuah khabar angin dan pihak UMP tidak mengadakan apa-apa bentuk perjanjian dengan pihak UniMAP untuk menerima pelajar mereka ke UMP.
0 Response to "Pengiktirafan Program di UniMAP dan Kaitannya dengan UMP"
Post a Comment