Program Hiburan Di Universiti : Antara Keterbukaan dan Kejumudan Minda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya tergerak untuk menulis mengenai isu hiburan di universiti apabila memperlihatkan bagaimana di universiti-universiti tertentu yang menutup pintu untuk sebarang program hiburan (contoh : konsert) untuk diadakan dan juga bagaimana sesebuah universiti yang mengamalkan "dasar pintu terbuka" kepada penganjuran program-program seumpama ini.

Gambar Hiasan

Secara peribadi, saya bukan berada di pihak yang menyokong mahupun membantah penganjuran program ini. Namun, pemberatan saya lebih kepada membenarkan program ini diadakan berbanding menentang penganjurannya secara total.

Rasional terhadap sokongan saya ini adalah kerana, sebagai pelajar di universiti, kita memerlukan hiburan-hiburan sebegini untuk mewujudkan campus life yang kita idam-idamkan. Kita perlu sedar, hidup di universiti bukan sekadar untuk belajar semata-mata, sebaliknya, proses pembelajaran di universiti bermula dari kita menjejejakkan kaki ke kampus pada hari pertama hingga kita bergraduat. Segala apa yang kita lakukan disini, merupakan proses belajar untuk kita mengenali dunia sebenar. Mungkin, penganjuran program ini, jika dilihat dari satu sudut, ianya sekadar hiburan semata-mata. Namun, jika kita menganalisa dari satu perspektif berbeda, penganjuran program ini adalah satu langkah untuk menyuntik kehidupan bersosial di dunia luar kepada mahasiswa yang berada di dalam universiti.

Di dalam program seperti ini, mampu membuatkan pelajar dapat berfikir tentang keadaan bermasyarakat di luar sana. Ironinya, jika kita terlalu mengawal aktiviti pelajar kita mereka didalam kampus, mereka akan lebih terdedah untuk melakukan perkara-perkara yang kurang baik di luar sana dengan alasan, sebelum ini tidak pernah dapat peluang, dan kini, telah diberikan peluang, maka perlu rebut segala yang ada di depan mata.

Saya masih ingat ketika saya merupakan seorang pelajar di Universiti Malaya, pihak universiti telah membenarkan satu "gig" di adakan di Auditorium Perdana Siswa (Salah sebuah dewan di UM), untuk dihadiri pelajar. Ini menunjukkan keterbukaan pihak pengurusan dalam memberikan campus life kepada pelajar universiti berkenaan. Selain itu, terdapat beberapa juga konsert lain yang pernah dihadiri saya di kampus sebagai contoh konsert Nasyid Rabbani yang diadakan oleh pihak kolej. Penganjuran program hiburan ini juga merupakan satu pendedahan kepada pelajar yang dapat meningkatkan kemahiran interpersonal mereka dalam berurusan dengan pihak luar.

Konsert Amal Amy Search di Universiti Malaysia Pahang


Program ini juga dapat dianggap sebagai satu escape kepada pelajar daripada kehidupan pembelajaran seharian mereka.

Saya agak terkilan dengan pendapat sesetengah kumpulan yang menyatakan program seperti ini menggadaikan maruah universiti sebagai pusat pengembangan ilmu. Saya kira, tiada apa yang tergadai jika kita membenarkan perkara seperti ini dilaksanakan didalam universiti,

Dan ada juga yang berhujah atas dasar agama, sedarkah anda, bahawa penganjuran program seperti ini di universiti akan mendapat pemantauan ketat oleh pihak universiti, tiada percampuran bebas dibenarkan dan muzik serta hiburan yang dihidangkan tidaklah sampai ke tahap menyesatkan. Kalau ingin berhujah tentang  artis membuka aurat, saya kira, kita bukan hidup di Tanah Arab, ini Malaysia, dan ianya kenyataan yang perlu kita terima di dalam bidang hiburan mahupun di dunia luar.

Sebagai seorang mahasiswa, yang saya kira dewasa, saya yakin, kita tahu menilai antara buruk dan baik, hitam dan putih. Menonton konsert tidak bermakna anda telah menggadaikan segalanya. Janganlah menganggap penganjuran konsert seakan-akan pesta seks yang mana semua akan pulang dengan kehilangan dara atau teruna mereka. Kejumudan minda seperti ini merupakan satu gaya pemikian yang tidak dapat diterima bagi saya.

Saya bukannya sirkular atau menulis tanpa melihat kepada garis panduan agama, namun saya berpijak di bumi yang nyata, dunia perubah, dan manusia turut bertukar, gaya dan cara kehidupan kita juga berevolusi, selagi apa yang kita lakukan tidak bertentangan dengan hukum dan syarak, maka selagi itu ia mampu berdiri. Ingatlah, Islam itu mudah, ianya adalah agama toleransi, jangan gunakan "kealiman" anda untuk melabel, barang siapa yang melakukan perkara anda tidak gemar itu sebagai sesuatu yang salah, berat penghukumannya di situ.

ps: maaf dengan hasil penulisan yang sedikit bercelaru, ini disebabkan kesan kerana tidak tidur selama sehari.



0 Response to "Program Hiburan Di Universiti : Antara Keterbukaan dan Kejumudan Minda"

Related Posts with Thumbnails
You are viewing "Program Hiburan Di Universiti : Antara Keterbukaan dan Kejumudan Minda"
No Comment Add your own!
Filed under
Posted on 7:45 AM
Subscribe through Atom feed.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme